Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Berak berdarah berserta sakit dibahagian perut kiri

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Jun 26, 2020 9:25 AM

Sulit 40 hari

Salam doktor, saya nak tanya mengenai berak berdarah. Semalam saya membuang air besar dan najis saya cair cuma takda berdarah. Tapi hari ini, saya membuang air besar bercampur dengan darah. 3 kali hari ini saya buang air besar bercampur darah. Dan sakit di dubur saya selepas membuang air besar. Perut kiri saya pon terasa sakit. Boleh jelaskan tak doktor mengenai sakit saya. Terima kasih.

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Gejala anda boleh disebabkan oleh banyak punca antaranya buasir, polip, kanser usus dan sebagainya. Buasir(Hemorrhoids) , yang biasanya dikenali sebagai “piles”, adalah saluran darah yang bengkak di dalam atau di sekitar dubur dan rektum. Punca-punca buasir adalah:

  • Pemakanan serat rendah
  • Pengambilan cecair yang tidak cukup
  • Kehamilan dikaitkan dengan pembengkakan buasir dan mungkin disebabkan oleh tekanan rahim pada rektum dan dubur.
  • Perubahan hormon dengan kehamilan boleh melemahkan otot yang menyokong rektum dan dubur.
  • Duduk berpanjangan di tandas boleh meningkatkan tekanan di dalam saluran darah buasir
  • Obesiti
  • Cirit-birit yang akut atau kronik

Terdapat beberapa petua untuk merawat buasir.

  • Mandi sitz (tetapi tidak panas) adalah terapi tradisional untuk buasir: duduk di dalam air suam selama 15 minit , beberapa kali sehari, terutamanya selepas membuang najis.
  • Ubat tahan sakit seperti paracetamol, boleh membantu melegakan kesakitan yang disebabkan oleh buasir. Produk dengan anestetik tempatan boleh dipakai untuk merawat buasir yang menyakitkan.
  • Jika anda sembelit, penggunaan julap mungkin diperlukan tetapi anda harus berjumpa dengan doktor untuk memastikan keperluannya.
  • Jika anda wanita yang hamil, bincangkan apa-apa rawatan dengan doktor anda termasuk perubahan diet.

Untuk rawatan lanjut, pemeriksaan dan maklumat lanjut diperlukan untuk membuat kesimpulan. Sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Fri Jun 26 2020 09:25:32 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Sulit
Buasir dan sembelit dan keluar darah apabila berak, saya dah jumpa 3 doctor Hi doc, umur saya 32 tahun. Saya memang ada masalah sembelit dari dulu n ada buasir pun. Tp kali ni teruk. Sy dah jumpa 3 doctor… sekarang sy tukar cara makan saya. Minum 3l air, buah buahan n m… Baca lagi...
22 hari
Sulit
Blood clot and bright red blood in my stool Hello, saya berumur 20 tahun and curious about my condition. So basically i pernah ada buasir tahap 3, but lately my stomach rasa tak selesa and rasa macam nak membuang tapi end up keluar bright… Baca lagi...
43 jam
Sulit
Berak sembelit dan berdarah saya mmg pda remaja mempuyai msalh membuang air besar. satu hari saya minum 3L air. mkn buah2 lima sunquick, tembikai,anggur dan etc. saya jugk hari2 mkan syur. buasir bagi saya biasa akan ade i… Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Berak keluar darah dan adakah berkaitan dengan keguguran saya baru disahkan hamil oleh doktor dalam 5 minggu…sy mengalami sakit perut memulas yg menyebabkan sy berak dan terlihat ada mcm cecair merah. Sy risau adakah boleh akibatkan keguguran? Tetapi … Baca lagi...
55 hari
Sulit
Berak berdarah berserta sakit dibahagian perut kiri Salam doktor, saya nak tanya mengenai berak berdarah. Semalam saya membuang air besar dan najis saya cair cuma takda berdarah. Tapi hari ini, saya membuang air besar bercampur dengan darah. 3 ka… Baca lagi...
40 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi