
Sulit
4 tahun
Berapa biji saya patut makan ubat remicron mr 30 mg
Saya terlupa berapa bijikah saya patut makan ubat ini

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Sebagai pengetahuan awal, setiap ubat mempunyai kaedah dan dosis yang telah ditetapkan oleh doktor yang merawat. Setiap pesakit mempunyai ciri-ciri yang berbeza sehingga dos ubat dan kaedah rawatan boleh jadi sedikit berbeza diantara satu sama yang lain. Maka saya mencadangkan agar pihak anda bertemu dan bertanyakan kembali kepada doktor atau klinik yang merawat anda.
Namun secara umumnya Remicron MR 30mg perlu dimakan sebanyak 1 biji sehari pada jam yang sama (i.e. pukul 10 pagi) setiap hari.
Seperti yang dijelaskan, ini merupakan keterangan am sahaja. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih komprehensif perlu dilakukan terlebih dahulu. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Masih ragu-ragudengan penjelasan diatas? Endocrinologist kami sedia membantu.