Marina

5 tahun

Berat badan obesiti dan masalah haid

Saya berumur 19 tahun. saya ingin bertanya tentang pendapat Dr mengenai masalah kitaran haid yang tidak stabil yang sudah lama saya alami. sebelum ini, biasanya saya akan datang haid selang sebulan dan kali terakhir saya datang haid pada bulan Mei tahun ini, selepas itu saya sudah tidak mengalami kedatangan haid. saya yakin salah satu faktor masalah kitaran haid ini adalah kerana berat badan berlebihan. kategori berat badan saya memang dalam lingkungan obesiti. saya ingin meminta pendapat dan saranan Dr bagaiman saya ingin menghadapi masalah ini dan mungkin ada sebarang tips untuk pengambilan makanan yang seimbang

Terima kasih kerana bertanyakan soalan ini.

Kitaran haid yang tidak normal boleh dihubung kait dengan masalah berat badan kerana ia merupakan salah satu gejala kepada penyakit yang dinamakan Polycystic ovarian syndrome (PCOS). Namun, terdapat banyak lagi penyebab kepada berlakunya masalah ini.

Untuk mengurangkan berat badan, tiada jalan yang mudah yang boleh diambil. Penerapan gaya hidup yang sihat adalah prinsip bagi mencapai berat badan yang anda inginkan.

Dari segi diet, anda perlu mengamalkan cara makan yang mengikut piramid makanan yang telah diluluskan oleh kementerian kesihatan. Anda perlu makan sekurang-kurangya 3 kali sehari; sarapan, makan tengahari dan makan malam. Kurangkan karbohidrat seperti nasi, mi, roti putih dan gandum tetapi anda tetap perlu mengambilnya. Protein seperti ayam, ikan, daging dan produk tenusu juga wajib diambil bersama-sama sayur-sayuran dan buah-buahan. Konsep ‘suku-suku-separuh’ boleh anda guna pakai;suku pinggan untuk karbohidrat dan protein serta separuh sukatan pinggan untuk sayur-sayuran.

Di antara ketiga-tiga waktu makan ini, anda boleh mengambil snek yang kurang gula, garam dan minyak. Elakkan dari minum minuman yang manis dan amalkan pengambilan air kosong.
Selain itu, anda juga perlu bersenam selurang-kurangya 150 minit seminggu. Mulakan dengan senaman ringkas sebelum menambah waktu dan intensiti senaman. Jauhi amalan yang tidak sihat seperti merokok dan mengambil minuman keras. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Dr Ramzdhan,

5 tahun

Selamat petang! Terima kasih untuk soalan anda. Saya berharap anda berada dalam keadaan yang baik. Seperti yang anda telah nyatakan bahawa anda mengalami masalah kitaran haid dan anda juga mempunyai masalah berat badan. Anda mungkin mengalami masalah yang dikenali sebagai Polycystic Ovarian Syndrome(PCOS).

Polycystic Ovarian Syndrome(PCOS) adalah masalah hormone yang menjejaskan kitaran haid wanita. Ovari pesakit Polycystic Ovarian Syndrome akan berkembang menjadi folikel kecil dengan koleksi cecair. Ini akan menyebabkan ovary untuk gagal melepaskan ova secara teratur menyebabkan masalah kitaran haid. Simptom
Polycystic Ovarian Syndrome adalah kitaran haid yang tidak kerap, tidak teratur atau berpanjangan.

Sebab Polycystic Ovarian Syndrome masih tidak diketahui. Ia dianggarkan bahawa ia boleh disebabkan oleh masalah seperti insulin yang berlebihan atau masalah genetik. Masalah in selalunya boleh disembuh dengan mengurangkan berat badan. Oleh it, saya sarankan anda untuk mulakan gaya hidup yang sihat. Anda boleh mulakan dengan membuat senaman seperti brisk walking, jogging, zumba dan menyertai gim di kawasan anda. Ini boleh membantu anda untuk mengurangkan berat badan anda dan juga mengurangkan kadar insulin anda.

Lama- kelaman, anda akan berasa bertenaga dan kitaran haid anda akan kembali normal. Selain itu, anda boleh makan makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan, sayur- sayuran, daging tanpa lemak, ikan, ayam dan bijiran penuh. Ini akan membantu anda menguangkan berat badan anda dan juga memberi anda tenaga.
Oleh itu adalah dinasihatkan untuk berunding dengan Ob-gyne untuk keadaan anda.

Dr Ilias,

5 tahun

Selamat pagi dan terima kasih kerana menghubungi kami mengenai isu berat badan anda. Berdasarkan keterangan anda, anda mungkin mempunyai masalah period disebabkan berat badan. Peningatan berat badan yang tidak seimbang akan menyebabkan tahap hormon di dalam badan tidak stabil. Oleh itu, kitaran period anda akan menjadi tidak sekata.

Walau bagaimanapun, ada pelbagai cara untuk menangani masalah berat badan yang tinggi. Kadang-kadang ia adalah normal untuk berat badan kita turun naik dalam masa yang singkat disebabkan oleh faktor-faktor seperti perubahan diet, senaman atau penyakit.

Salah satu cara untuk mencegah penambahan berat badan ialah memilih rancangan diet yang seimbang. Diet yang kaya dengan gula dan lemak tepu terbukti menyumbang kepada peningkatan berat badan, serta pelbagai masalah kesihatan yang lain. Anda mungkin boleh mengurangkan pengambilan krim ais dan coklat, dan memilih makanan yang tak berminyak, serta kaya dengan protein, dan vitamin.

Satu lagi cara mudah untuk mencegah berat badan adalah senaman. Ia adalah cara paling berkesan untuk mengekalkan tahap berat badan yang sihat serta mencegah penyakit yang seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi. Anda perlu bersenam sekurang-kurangnya 2 kali seminggu sekurang-kurangnya 15 minit setiap kali. Anda juga harus mengawasi berat badan anda serta ukuran seperti pinggang bagi memastikan anda sedang berada dalam keadaan yang sihat.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)