Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris | |
Doktor-doktor kami boleh menulis dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris | |
Doktor bertauliah | |
Semua doktor di DoctorOnCall adalah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia | |
Privasi Terjamin | |
Sebarang data anda tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak | |
Pantas Dan Cekap | |
Sebarang pertanyaan anda akan dijawab oleh doktor degan segara |
Dijawab oleh: Dr Ramzdhan
Hi docb saya berumur 20thun, kenapa berat badan saya susah nak turun ? Setahun saya mkn nasi hanya satu senduk dan sedikit, tapi tiada perubahan langsung, berat tetap sama, 62kg, adakah disebab kan sy ,ada ketulan tyroid,dan saya darah normal ,?
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kesukaran untuk turun berat badan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Selain menjaga pemakanan, peranan senaman juga adalah penting kerana ia akan meningkatkan lagi metabolisme badan untuk membakar lemak-lemak. Sekiranya senaman dan pemakanan tidak memberikan impak positif, punca kepada kegemukkan perlu dicari seperti yang disebutkan diatas. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.