
Sulit
5 tahun
Berdarah coklat selepas bersama
Selepas bersama suami, keesokan hari cecair berwarna coklat gelap keluar. Sama seperti haid tapi berwarna coklat gelap. Bau juga sama seperti bau darah haid. Adakah ia normal atau sebaliknya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, antara penyebab pendarahan selepas hubungan seksual adalah:
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Kurang pelincir ketika seks
- Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
- Cervical ectropion
Sekiranya anda telah hampir degan tarikh haid anda, terdapat juga kemungkinan bahawa darah tersebut merupakan darah haid anda. Untuk mengetahui punca sebenar gejala yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor sekiranya masalah ini berlarutan setiap kali anda menjalankan hubungan seksual. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.