Perlu Bantuan?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Berdarah ketika beronani

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Julai 2, 2020 11:25 AM

Sulit 6 bulan

hai doc, saya perempuan berusia 19 tahun dan kerap beronani 2kali seminggu bermula 3 bula lepas, tapi tiga hari lepas saya berdarah ketika beronani tapi tak rasa sakit pun, saya ingat tu darah period sebab tarikh period selalunya awal bulan, tapi selepas hari tu takdepun darah period yang keluar. malam tadi pun saya beronani juga dan berdarah jugak selepas beberapa minit . adakah ni benda yang saya patut risaukan?

Dr Sashini Seeni 6 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, onani tidak digalakkan di usia yang terlalu muda kerana boleh mengganggu psikologi anda. Anda mungkin akan ketagih dengan aktiviti ini sehingga mengganggu rutin harian anda. Selain itu, apabila anda telah kahwin kelak, anda mungkin boleh menghadapi masalah hubungan intim dengan suami kerana tahap sensitif anda berkurangan terhadap rangsangan. Sekiranya anda menggunakan laman web lucah, ini boleh juga merosakkan minda anda dalam jangka masa panjang. Bagi wanita, aktiviti onani yang menyebabkan pendarahan boleh disebabkan trauma pada faraj atau pada serviks kerana terlalu kasar atau kuku panjang. Pada fasa ovulasi atau semasa syahwat, aliran darah di serviks dan faraj semakin banyak, lalu lebih mudah berdarah. Sekiranya pendarahan ini berterusan, anda harus berjumpa dengan doktor.

Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Thu Jul 02 2020 11:25:49 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Urologi tentang kesihatan seksual secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Kegatalan di sekitar bahagian sulit sehingga menganggu kerja seharian dan waktu tidur Keputihan yang banyak, gatal di sekitar tempat membuang air besar dan kecil sehingga menganggu aktiviti harian dan waktu tidur, adakah itu jangkitan herpes? Baca lagi...
4 hari
Sulit
Tiada keluar darah semasa malam pertama Hello doktor, sy wanita berumur 26 tahun baru saja berkahwin. Semasa malam pertama, saya dapati tiada berlakunya pendarahan semasa pecah dara. Tp sy dpt rasakan yg suami sudah tusuk sedalamnya. … Baca lagi...
3 hari
Sulit
Gatal di kawasan kemaluan Suami saya gatal di kawasan kemaluan beliau ubat apa yg perlu saya beli Baca lagi...
2 hari
Sulit
Luka dalam di faraj terkena kuku semasa bersama Saya berusia dlm 40an. Sy kerap bersama dgn suami dan sering bertukar2 posisi. Ada satu ketika ketika bersam suami telah memasukkan jarinya dan telah terkasar. Sudah dpt consult doctor dia beri … Baca lagi...
4 hari
Sulit
Kulit zakar gatal dan mengeLupas Saya lelaki berumur 22 tahun dlm minggu lps sya mendapati kulit bahagia kemaluan sya mengelupas dan rasa gatal… Baca lagi...
7 hari