Sulit
3 tahun
Berdengkur pada waktu malam
Saya wanita yang berusia 25 tahun. Saya alami gejala dengkuran sejak berumur awal 20 an. Bagaimana untuk mengatasi masalah dengkur pada waktu malam? Terima kasih.
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah dengkur secara amnya boleh disebabkan oleh:
- Lemah pada otot lidah, lelangit lembut dan bahagian atas saluran pernafasan
- Bengkak pada tisu Adenoid dan Tonsil
- Saluran pernafasan yang sempit
Antara cara berkesan untuk mengatasi masalah dengkur ialah dengan menggunakan alat CPAP dimana ianya boleh diberikan oleh doktor pakar respiratori.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor pakar respiratori. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda juga boleh mendapatkan tempahan rundingan bersama doktor pakar pilihan anda di sini. Terima kasih.