alysh2510
6 tahun
Berhenti mengambil inject DEPO. Dan period belum berhenti
Saya ibu kepada seorang anak perempuan. Saya berumur 26tahun. Doc mau tanya. Saya telah berhenti mengambil inject DEPO 20/10/2018. Dan saya datang bulan pada 29/4/2019 sehingga hari ini doc. Sekejap datang haid saya berwarna merah, lepastu berwarna coklat. Doc apa yang harus aku lakukan? Bila datang bulan ini akan selesai. Saya rasa saya sudah siap untuk hamil lagi. Tpi bagaimana datang bulan saya belum selesai. Ini sudah masuk 2 bulan doc.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman puan, perlu diingatkan bahawa setiap suntikan Depo Provera akan berkesan selama tiga bulan, jadi puan perlu merancang lebih awal jika ingin hamil selepas berhenti Depo Provera.
Ia mengambil masa purata 9 hingga 10 bulan,bagi minoriti kecil wanita sehingga 18 bulan, untuk mereka mendapatkan semula kesuburan dan mula ovulasi selepas berhenti Depo Provera.
Bagi masalah haid yang puan alami sekarang, ia selalunya merupakan perkara yang biasa. Namun puan harus peka terhadap jumlah haid dan pad yang puan gunakan. Sekiranya masalah ini berlanjutan, sila rujuk doktor dengan segera.
Puan juga boleh bertanya kepada pihak kami secara lebih mendalam. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.



































