Anonymous
7 tahun
Berhenti mengambil ubat perancang boleh membuatkan seseroran mengandung?
Saya Cherry, 27tahun. Pada 2bulan lepas period saya normal, selepas itu saya telah mengambil ubat perancang untuk mencegah kehamilan. Disebabkan selepas mengambil ubat perang setiap hari, saya mengalami pening kepala & rasa tidak selesa dengan tindak balas itu. Adakah itu normal? Dan saya memutuskan untuk berhenti mengambil ia selepas seminggu. Dan selang seminggu pada bulan lalu saya telah period. Selepas itu saya ada memakan ubat postinor untuk mengelakkan mengandung.l selepas bersama suami. Adakah kemungkinan pada saya akan mengandung pada bulan ini memandangkan period saya telah lambat 2hari.
7 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman anda, kesan sampingan tersebut adalah perkara biasa dan anda boleh berbincang lanjut dengan doktor anda untuk alternatif lain yang lebih sesuai selain dari pil perancang.
Kebarangkalian untuk anda mengandung itu masih ada, dan bagi mengesahkan status anda, anda boleh berjumpa doktor untuk konsultasi lanjut atau klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.



































