
Sulit
5 tahun
Berpeluh Dan badan rasa lemah
Saya berusia 40 tahun dan ada kencing manis dan cholesterol sebelum Ini. Saya juga pernah letak sten sebab ada satu block pada Aug 2019.
Saya mengambil ubat seperti berikut:
Metformin 500mg
Clopidogrel 75mg
Atorvastatin 40mg
Baru Baru Ini pressure saya tinggi (140-150) /(110-120).
Doctor telah tambah ubat. Sekarang saya mengambil ubat seperti berikut lebih kurang Satu minggu.
Metformin 500mg
Clopidogrel 75mg
Atorvastatin 40mg
Perindopril Erbumine 4 mg
Gliclazide 60mg
Saya mendapati lepas saya makan semua ubat waktu pagi sebelum makan saya dapati badan saya macam lemah hamper mengigil dan berpeluh di bahagian tangan dan kepala.
Adakah Ini sebab gula saya rendah? Sebelum Ini ujian HBa1C ialah 6.7-7.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh terjadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- Kurang gula dalam darah
- Dehidrasi
- Kedinginan
- Demam panas
- Kesan sampingan ubat
- Adrenaline rush post workout
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.