Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Berpeluh dengan kerap

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Jun 20, 2019 5:30 AM

syazaniluhur17 3 bulan

Saya lelaki 19 thn sye megalami peluh yang sangat banyak sedang hanya terdedah kepada cahaya selama 5 minit sahaja dan sya tidak thu puncenya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 15 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.

Kuat berpeluh atau lebih dikenali sebagai hiperhidrosis adalah keadaan yang menyebabkan seseorang berpeluh dengan banyak. Peluh boleh berlaku dalam apa jua situasi seperti cuaca sejuk atau tanpa pencetus sama sekali. Ia juga boleh disebabkan oleh masalah kesihatan lain seperti ‘menopause’ atau hipertiroidisme/‘hyperthyroidism’. Hiperhidrosis boleh menyebabkan ketidakselesaan.

Hiperhidrosis boleh dibahagi kepada “idiopathic hyperhidrosis” dan “secondary hyperhidrosis”.

A) Hiperhidrosis idiopatik/”Idiopathic hyperhidrosis”

“Idiopatik” bermaksud “sebab yang tidak diketahui.” Dalam kebanyakan kes, hiperhidrosis adalah setempat. Orang dengan hiperhidrosis primer biasanya berpeluh dari sejenis kelenjar peluh tertentu yang disebut kelenjar peluh eccrine. Kelenjar peluh eccrine sangat banyak di kaki, telapak tangan, muka dan ketiak.

B) Hiperhidrosis sekunder/Secondary hyperhidrosis

Jenis ini lebih cenderung menyebabkan seseorang berpeluh semasa tidur. Dalam kes ini, terdapat sesuatu yang menyebabkan hiperhidrosis, iaitu masalah kesihatan atau ubat.

Tiada ubat untuk hiperhidrosis idiopatik, namun, ada cara untuk membantu atasi gejala peluh berlebihan, antaranya:

  • Antiperspiran : Deodoran tidak menghentikan peluh, tetapi semburan antiperspiran boleh membantu. Sesetengah antiperspirator preskripsi termasuk aluminium klorida boleh menjejaskan kelenjar peluh.
  • Iontoforesis : Rawatan ini menggunakan impuls elektrik peringkat rendah untuk melumpuhkan kelenjar peluh buat sementara waktu.
  • Ubat antikolinergik : Ubatan ini menjejaskan isyarat saraf untuk kelenjar peluh.
  • Botox : Suntikan Botox adalah cara untuk menghentikan saraf untuk sementara waktu dari terus menghasilkan peluh secara berlebihan. Ia diluluskan untuk rawatan peluh bawah perut yang berlebihan.
  • Pembedahan : pemotongan saraf di dada yang merangsang penghasilan peluh yang berlebihan yang dikenali sebagai “sympathectomy thoracic” dan pembedahan untuk membuang beberapa kelenjar peluh di kawasan yang terlibat.
  • Hiperhidrosis sekunder sering boleh dirawat, walaupun cara yang betul untuk merawatnya bergantung kepada penyebabnya. Contohnya, hiperhidrosis yang disebabkan oleh hipertiroidisme boleh diatasi dengan merawat penyakit tiroid.

Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Thu Jun 20 2019 05:30:19 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Endokrinologi tentang masalah peluh secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Masalah ketiak tidak berpeluh Saya wanita usia 42 tahun.masalah ini bermula dari saya umur 20-an selepas saya makan pil duromine untuk kurus. Pada awalnya saya sangat teruja apabila mkn badan sangat berpeluh.lalu sy terus m… Baca lagi...
3 hari
Sulit
Kerap berpeluh semasa makan Isteri saya berumur 37 tahun & dah abis pantang bersalin 40 hari. Kenapa isteri saya kerap keluar peluh setiap kali makan lunch n dinner sebelum ramadan? Tetapi bila berbuka puasa, peluhnya ke… Baca lagi...
4 bulan
Sulit
Peluh melampau 1 badan, 4 tahun dah lepas buat operation potong saraf Slm sjhtra dr. Sy ada masalah peluh yg teruk 1 badan. Yg tak peluh hanya bahu ngan tapak tgn je. yg lain mmg banjir kaw2. Tak boleh panas langsung, mesti peluh kaw2. Benda ni jadi lepas operate … Baca lagi...
7 bulan
atieqahsyaidatul80
Masalah tangan sering berpeluh Dr,saya mempunyai masalah kesihatan tentang tapak tangan dan kaki sering berpeluh .saya hendak Salam orang sekeliling akan rasa segan silu dan malu.bagaimanakah saya hendak hindari masalah itu ? Baca lagi...
9 bulan
Sulit
Tangan dan kaki kerap berpeluh Sukar untuk membuat aktiviti harian kerana peluh terganggu oeluh berlebihan ingin mendapatkan rawatan di hospital/klinik yang berdekatan dengan rumah saya bukit beruntung,rawang,selangor Baca lagi...
5 bulan
Tanya Doktor Percuma Sambutan Hari Malaysia: Baucar RM15