Sulit
6 tahun
Bersama isteri dan tidak mahu mempunyai anak lagi
Kami baru berkahwin tetapi tidak ada plan untuk ada lagi. Kami bersetubuh, dan bila nak saya keluarkan sperm saya pancut luar. Tetapi berdekatan dengan kemaluan isteri saya. Soalam saya ada possibility untuk isteri saya mengandung ? Kalau mengandung apakah cara2 untuk mengelakkannya.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sekiranya terdapat walaupun sedikit air mani pada kemaluan isteri anda, kemungkinan hamil itu adalah tinggi. Untuk mengelakkan kehamilan, isteri anda boleh mengambil pil perancang kecemasan sekiranya anda yakin terdapat air mani didalam kemaluan isteri. Namun pil perancang kecemasan hanya boleh digunakan sekali sahaja dalam 1 kitaran haid. Untuk mencegah kehamilan jangka masa panjang, isteri anda boleh mengambil kaedah perancangan keluarga seperti pil, suntikan, implan dibawah kulit ataupun alat IUCD. Manakala anda pula boleh menggunakan kondom setiap kali bersetubuh. Bagi konsultasi kaedah perancangan keluarga yang bersesuaian anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































