Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Bersama suami selepas 2 hari mengambil pil perancang

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: April 27, 2021 11:22 AM

Sulit 3 bulan

Morning doctor. Sy wanita berusia 29 tahun & mengambil pil perancang jenis desolon. Sy mula mengambil pil ini pada hari ke5 selepas haid pertama. Sy haid pd hari rabu & start mkn pil ni pd hari ahad (hari ke5). Namun smlm (isnin) sy telah bersama suami tanpa apa2 perlindungan lain (kondom). Adakah sy berisiko hamil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 3 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.

Untuk pengetahuan puan, sebaiknya pil pertama haruslah diambil pada hari pertama anda datang haid bulan tersebut. Pil yang seterusnya haruslah diambil setiap hari pada masa yang sama untuk memastikan keberkesanan pil perancang mengelakkan kehamilan. Namun anda mengabil ubat ini pada hari kelima haid, oleh itu kebarangkalian untuk hamil masih ada kerana keberkesanan ubat tersebut belum di tahap maksimum.

Untuk mendapatkan maklumat yang selanjutnya mengenai pil perancang, anda amat disarankan untuk merujuk persoalan ini kepada doktor kami. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

Perancangan keluarga penting untuk kesejahteraan rumah tangga. Khidmat nasihat pakar, dapat membantu anda!

Dikemaskini pada: Tue Apr 27 2021 11:22:49 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang pil perancang kecemasan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19