Sulit

2 tahun

Beza Fibroid dan cyst?

Saya wanita berumur 20 tahun belum berkahwin, saya ada membaca artikel² mengenai fibroid , saya jadi amat takut sekiranya saya menghidap penyakit tersebut. Jika datang haid , saya akan keluar darah seketul lebih kurang besar tapak tangan berwarna hitam, jika dibilas dengan air, darah tersebut jadi koko . Adakah itu fibroid? Dan apa beza fibroid dan cyst?
Adakah saya perlu operate? saya sangat takut jika perlu operate
Adakah fibroid juga salah satu kanser?

Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, fibroid dan cyst sebenarnya mempengaruhi struktur yang berbeza dalam organ reproduktif wanita. Fibroid terjadi di dalam rahim, manakala cyst sering berlaku pada ovari.

Fibroid merupakan pertumbuhan bukan barah di dalam dinding rahim. Saiz fibroid boleh berukuran diameter hingga beberapa sentimeter. Apabila fibroid berkembang, ia boleh terus membesar sehingga menopaus. Apabila tahap estrogen jatuh selepas menopaus, fibroid biasanya akan susut dalam saiz. Manakala bagi cyst, kebanyakannya berlaku di ovari semasa kitaran ovulasi.

Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan yang anda berikan adalah tidak mencukupi. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.

Bagaimanapun, secara umum, haid berketul boleh disebabkan oleh pelbagai perkara antaranya:

  • Anovulasi
  • Fibroid
  • Polyp
  • Adenomyosis
  • Penyakit radang pelvis (Pelvic Inflammatory Disease)
  • Endometriosis
  • Kanser rahim atau serviks

Masalah kesihatan yang lain juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon sehingga menjejaskan pendarahan haid. Contoh-contohnya termasuk:

  • Gangguan pembekuan darah seperti penyakit Von Willebrand
  • Hipotiroidisme: Kelenjar tiroid yang tidak menghasilkan hormon tiroid yang mencukupi boleh menyebabkan pendarahan haid yang berlebihan serta gejala lain seperti keletihan, peningkatan berat badan dan kemurungan.
  • Diabetes

Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran

Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang dihadapi, maklumat lebih lanjut dan pemeriksaan yang teliti adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, sekiranya gejala/masalah ini masih berlarutan atau bertambah teruk, sila berjumpa dengan doktor di klinik atau hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang sempurna.

Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih

Anda masih risau tentang haid berketul? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!

AdobeStock_126896979

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)