
Sulit
3 tahun
Beza ubat seretide accuhaler dan symbicort
Saya wanita berumur 32 tahun, saya telah menghidap asma sejak berumur 15 tahun tetapi dalam 7 tahun kebelakangn ini asma saya semakin teruk sehingga saya telah masuk ICU sebanyak 2 kali dan telah banyak kali ditahan dihospital kerana asma… Lebih kurang 3 tahun yang lepas doctor telah menukar ubat saya dari seretide accuhaler ke symbicort… Soalan saya, apa beza seretide accuhaler dan symbicort, dan kenapa doctor menukar ubat saya…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, Budesonide/formoterol (Symbicort) dos penyelenggaraan tetap atau terapi penyelenggaraan dan pelega memberikan penambahbaikan yang sama dalam kawalan asma semasa dan mengurangkan risiko masa hadapan kemasukan ke hospital/rawatan bilik kecemasan. Berbanding rawatan dos penyelenggaraan tetap salmeterol/fluticasone propionate (Seretide), memberikan manfaat klinikal tambahan kepada pesakit asma yang berumur lebih daripada 16 tahun.
Bagi pertanyaan lanjut, sila rujuk kepada doktor anda atau doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.