nurazhani.00
4 tahun
Bibir dan kulit sekitar mulut menggelupas teruk
Saya pljr berumur 19 tahun.Saya ingin bertanya mengenai masalah saya.Mula-mula kulit sekitar mulut saya kering dan menggelupas sehingga kulit saya menjadi warna putih.Perubahan warna terjadi di kawasan kulit menggelupas dan kering sahaja sehingga melibatkan kawasan bibir.Bibir saya menggelupas dan kering sangat teruk sehinggakan nak buka mulut pun susah.Bila buka mulut,Bibir saya akan retak sehingga berdarah.Boleh saya tau,apa masalah saya dan rawatan apa yang perlu saya ambil?Saya jenis kuat minum air dan mengambil vitamin C setiap hari.Apa yang kurang doktor?Terima kasih
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah kulit sekitar mulut menggelupas seperti yang anda keluhkan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Dehidrasi akibat masukan air yang kurang
- Akibat penjagaan kulit yang tidak sesuai seperti tidak menggunakan pelembap
- Perioral dermatitis adalah sejenis keradangan sekitar kulit mulut
- Allergi iaitu alahan kepada sesetengah makanan ataupun minuman ataupun produk ubat gigi dan sebagainya
- Iritasi akibat produk kecantikan ataupun gigi
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dikhuatiri dapat menganggu kondisi kulit anda secara fungsional mahupun kosmetik, sekiranya masalah ini dibiarkan. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.