Sulit
3 tahun
Biji air ditangan dan gatal2 diseluruh badan
Saya berusia 35 tahun. Saya mengalami biji air ditangan dan kegatalan pada seluruh badan selepas bersalin anak ke3.saya telah pergi ke klinik berulangkali.dan apabila sudah baik, ianya akan kembali semula setelah 2 bulan. Saya hampir putus asa untuk ke klinik kerana ubat yg diambil hanya sekadar sementara sahaja.kadang tidak ada kesan langsung apabila saya makan ubat dan sapu krim yg telah DR berikan. Bolehkan DR berikan jawapan, apakah punca dan bagaimana untuk menghilangkan sakit yang saya alami
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan iaitu gatal gatal selepas melahirkan anak beserta biji air, gejala itu yang anda alami boleh disebabkan:
- Jangkitan kulat - jika dijangkiti kulat, ia memerlukan ubat anti-kulat dan rawatan mungkin mengambil masa berminggu-minggu
- Kurap atau “scabies”
- Penyakit kulit seperti ekzema - kerana anda mempunyai sejarah alahan kulit dan rawatan mungkin memerlukan ubat lain
Selain dari penilaian status kulit anda, status kencing manis beserta maklumat ubat yang doktor telah berikan kepada anda juga wajar dilihat jika anda dijangkiti kuman atau kulat kerana pesakit kencing manis mudah mendapat jangkitan kulit dan mungkin anda tidak mengambil ubat itu secara kerap.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.