
Sulit
4 tahun
Biji-Biji di kemaluan warna putih
Saya ada masalah biji-biji warna putih di kemaluan. Biji macam jerawat tp yang jenis tak boleh dipecahkan. Saya dah try google. Tp x tau itu apa. Y saya prasan. Bila kemaluan saya luka akan jadi biji2 ni and ia permenant, tak boleh nak buang. Dan saya sedar yang biji2 ni semakin banyak semenjak saya start buat hair waxing di kemaluan saya dan kadang2 berdarah dan tinggal luka dan akan menyebabkan naik biji-biji putih ni.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
Terdapat banyak punca yang boleh menyebabkan benjolan, namun untuk mengenal pasti dengan lebih yakin dan tepat & apakah ianya membahayakan atau tidak, pemeriksaan fizikal dan sesi soal jawab yang lebih komprehensif perlu dilaksanakan terlebih dahulu. Umumnya biji-biji di kemaluan wanita boleh disebabkan oleh:
- gangguan kelenjar peluh (i.e. hidradenitis suppurativa, folliculitis)
- jangkitan kuman (i.e. vulvovaginitis)
- gangguan kulit (i.e. dermatitis)
- gangguan kelenjar minyak dan lain-lain
Saya berharap anda tidak terburu-buru untuk membeli apa-apa ubat terlebih dahulu kerana semua jenis rawatan untuk situasi seperti ini memerlukan pemeriksaan yang lanjut dan keputusan yang akan dibuat oleh doktor akan bergantung kepada kondisi semasa individu tersebut.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gynecologist kami sedia membantu.
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.