
Sulit
4 tahun
Biji- biji kecil yang agak banyak dibawah kulit
saya seorang wanita berumur 21 tahun. dari kecil saya mempunyai kurap di bahagian punggung. kurap itu cepat hilang dan cepat timbul balik. hujung tahun lepas, saya cuba ubat di farmasi and kurap saya hilang dan saya berhenti menggunakan ubat tersebut. tetapi saya perasan terdapat byk biji2 kecil yang seakan berongga di di bawah kulit. apabila saya tekan dari atas kebawah dan melalui biji tersebut, saya dapat rasa biji itu seperti berongga dan ia seakan berpusing. biji itu kecil sahaja. saiznya besar sedikit dari pasir. macam jerawat la tetapi ia dibawah kulit. tak timbul. lepas beberapa hari, kurap saya ada balik dan saya rasa bertambah teruk. tetapi biji2 itu semakin berkurangan. baru2 ini saya cuba ubat lain tapi perkara yang sama berlaku. adakah perkara ini serious dan menurut dr, biji apakah itu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu biji-biji kecil dibawah kulit. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Sebaceous cyst
- Furuncle atau carbuncle ; jangkitan pada folikel bulu atau rambut
- Bullous impetigo
- Ruam disebabkan oleh ubat-ubatan
- Lipoma
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut serta pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut boleh dilakukan dan rawatan sesuai dapat diberikan.
Jika anda mempunyai soalan lanjut mengenai keadaan anda, anda boleh hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami. Terima kasih.
Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu kondisi kulit anda!