Sulit
2 tahun
Biji-biji pada scrotum
Bagaimanakah untuk menghilangkan biji pada kulit scrotum? Saya pernah jumpa doktor untuk hal ini dan katanya ini bukan biji bagi tanda2 kanser. Beliau ada memberitahu untuk menggunakan ubat berasaskan steroid tetapi saya tidak mengambilnya pada waktu itu saya hanya bimbang jika biji itu merupakan tanda2 kanser. Adakah ini mungkin juga dari tabiat saya yang suka menggaru di bahagian ini?
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Penyakit Kelamin (Sexually Transmitted Disease) seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Cyst
- Masalah kulit seperti benjolan nanah atau jerawat
Oleh itu, sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.