mahzirzeema
7 tahun
Bila jalan jauh mesti rasa tidak selesa huhuhu
Saya baru umur 26 tahun duk bkerja diblah seberang Perai… asal sy org tapah Perak… saya ni bile nak pergi jalan jauh. … bile saya dah sampai tempat tu saya salu pening kepala rasa mual senang cte rasa tak sedap badan la… Kadang tu cirit huh tapi tak berpanjangan la… Nak tahu juga kan apa punca dia… Hmmmm boleh la doktor bgi penjelasan yg jelas dan kita kongsikan bersama pembaca yang mungkin malu utk bertanya… Hmmm saya salu xmkn klo
jalan-jalan jaoh ni hihihi
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
7 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, anda mungkin mengalami masalah mabuk perjalanan,Mabuk bukan penyakit tetapi tindak balas normal disebabkan pergerakan luar biasa yang berintensi tinggi dan mengambil tempoh yang lama.
Antara gejalanya ialah :
- Loya
- Berpeluh
- Pening
- Berasa penat
- Muntah-muntah
Namun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.





































