
fanmal7115
5 tahun
Bilakah masa tepat untuk menggunakan ovulation test strip?
Tarikh haid saya bermula 18feb-23Feb2020 , saya datang haid 5 hari . saya teringin sekali mendapatkan zuriat…jadi saya merancang untuk menggunakan ovulation test strip . Saya ingin tanya hari ke brpa selepas haid patut saya cuba test ovulation itu? dan bila agaknya saya boleh melakukan sex dengan suami saya agar hamil

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan dan sejarah kesihatan yang anda berikan, untuk mencapai kehamilan, anda disarankan bersama pada waktu ovulasi anda. Waktu ini merupakan separuh daripada kitaran haid anda. Cara mengiranya ialah dari hari pertama datang haid hingga ke hari sebelum datang haid bulan seterusnya dan membahagikan jumlah hari tersebut kepada 2. Sebagai contoh, jika kitaran haid anda sebanyak 28 hari. Ovulasi anda ialah hari ke 14.
Cara menggunakan OTK adalah berdasarkan jenamanya. Anda disarankan membaca pada manual yang disediakan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.