
Sulit
5 tahun
Bilangan jalur merah pedih semakin bertambah pada kaki
Anak saya mengalami ekzema sejak bayi hingga umurnya kini 9 tahun. Sepanjang tempoh tersebut, lukanya ada mengalami jangkitan pada masa-masa tertentu dan kembali pulih apabila mengambil antibiotik (amoxicilin) secara oral. Sejak seminggu yang lepas, jalur merah pedih timbul pada sebelah kakinya. Saya telah bawa berjumpa doktor 4 hari yang lepas dan doktor telah memberi antibiotik tetapi bilangan jalur merah pedih semakin bertambah pada kedua belah kaki. Saya telah sekali lagi membawa anak berjumpa doktor semalam dan doktor telah menukar antibiotik kepada cloxacilin dan pagi ini saya dapati bilangan jalur merah pedih tersebut terus bertambah. Apakah yang mungkin menyebabkan keadaan ini dan bagaimana mengatasinya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala jalur berwarna merah yang terdapat pada kaki anak anda boleh disebabkan:
- Alahan pada antibiotik yang diberi
- Kesan garu anak anda
- Radang saluran darah (arteritis) - jarang berlaku
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut pada pakar kulit kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.