Anonymous
5 tahun
Bilateral microlithiasis
Doctor adakah penyakit ini ada kaitan dengan cancer…
6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Berkenaan dengan bilateral microlithiasis yang anda ajukan, adakah anda bermaksud tentang testicular microlithiasis? Testicular microlithiasis ialah kewujudan deposit-deposit kalsium kecil di dalam testis. Ia selalunya berlaku pada kedua-dua belah testis serentak.
Kebanyakan testicular microlithiasis adalah normal dan boleh berlaku pada mereka yang tidak menghidap sebarang kanser. Namun begitu, perkaitan masalah ini dengan kanser masih menjadi topik perdebatan dalam kalangan pakar perubatan kerana ia wujud dalam beberapa jenis kanser, sindrom kecacatan tertentu dan juga beberapa masalah lain seperti kemandulan, dan down syndrome.
Untuk maklumat lanjut atau sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, anda boleh merujuk perkara ini kepada doktor. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah secara atas talian. Terima kasih.


































