edorafazlin24
5 tahun
Bintik Air Pada Tapak Tangan
Saya wanita berusia 20an. Tapak tangan saya mula dijangkiti bintik bintik yg berisi air. Boleh saya tahu ini jenis kudis apa ya?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala bintik-bintik berair pada tapak tangan anda boleh disebabkan:
- Jangkitan cacar air/chicken pox atau kayap
- Kesan penggunaan produk pencuci
- Jangkitan herpes simplex
- Gigitan serangga
- Penyakit tangan, mulut dan kaki
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































