
Sulit
5 tahun
Bintik bintik putih dekat puting
saya wanita berumur 20 tahun, saya nak tanya kenapa dekat puting saya ada bintik bintik putih?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kebiasaanya masalah ini boleh tidak memudaratkan. Hal ini mungkin disebabkan oleh:
Liang atau saluran yang tersekat
Saluran air susu anda tersekat
Tekanan pada payu dara akibat dari pemakaian baju dalam yang ketat
Tanda kehamilan
Jangkitan candida albicans
Jangkitan herpes simplex
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.