
khaimeir3248
5 tahun
Bintik merah pada tapak tangan dan tapak kaki
Saya lelaki berumur 39 tahun mempunyai bintik merah bawah kulit di tapak tangan dan tapak kaki kiri dan kanan… Tidak gatal dah telah ada semenjak 1 minggu lepas… Namun begitu berlaku timbul bintik2 merah di anggota badan jika digaru akibat kegatalan… 3 minggu lepas saya didiagnos dengan std dan telah mendapatkan rawatan Dr doctor on call… Segala ubat antibiotik telah dihabiskan … Ingin tahu apa masalah yang berlaku kepada saya sekarang

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kulat
- Ekzema: biasanya disebabkan alahan
- Kurap (ringworm)
- Dermatitis: radang kulit yang boleh disebabkan alahan kepada bahan kimia biasanya pada produk pencuci
- Psoriasis
- Digigit serangga atau nyamuk
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.