
Sulit
3 tahun
Bintik putih di kulit sulit
Hi doktor, foreskin dalaman saya tumbuh bintik putih, dulu memang sudah ada beberapa bintik tapi tak sakit / gatal, doktor kulit bagi tahu itu normal. Sekarang tiba-tiba tumbuh lagi. Adakah itu bahaya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya jerawat, ketumbuhan sel minyak (lipoma), sista berminyak (sebaceous cyst), penyumbatan folikel rambut dan lain. Biasanya masalah ini tidak berbahaya, cuma mungkin bergejala sekiranya saiznya bertambah secara berlebihan.
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Kulit.