
Sulit
4 tahun
Bisul dan masalah kulit yg menyebabkan kegatalan sehingga meninggalkan parut
Saya seorang wanita berusia 27 tahun. Saya mengalami masalah kulit sejak 2014. Saya tidak pasti samaada ianya kurap, eczema, psoriasis atau apa, yg pasti ianya adalah jangkitan kulat di bahagian besar punggung dan celah paha.saya cuba merawat masalah tersebut drp mula2 ia terjadi, dan size nya kecil tapi tidak berhasil hingga sekarang size nya menjadi makin besar dan berparut gelap. Gatal gatal juga makin menjadi jadi. Dan kini sering muncul bisul di badan saya, terutama sekali di betis, punggung dan belakang badan. Saya sudah tidak tahu ubat apa yg berkesan, kerana dari dulu segala jenis ubat atau cream yg saya guna tidak berkesan. Saya kini sedang hamil 6 bulan, masalah kegatalan tersebut masih berterusan, dan bisul makin banyak sehingga meninggalkan parut di badan. Boleh sarankan penyelesaian terbaik utk masalah kulit saya? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan selamat petang. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu masalah kulit gatal sehingga menjadi parut dan bisul. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kulat
- Ekzema: biasanya disebabkan alahan
- Kurap (ringworm)
- Dermatitis: radang kulit yang boleh disebabkan alahan kepada bahan kimia biasanya pada produk pencuci
- Psoriasis
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Bagi mengetahui rawatan yang sesuai, puncanya haruslah diketahui. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan Terima kasih.