Sulit
3 tahun
Bisul, demam dan sesak nafas
Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya lelaki berusia 22 tahun
Telah beberapa hari saya dijangkiti bisol,tiga bisul sekali gus,2 di bahagian belakang badan,satu dibahagikan peha.
Saya merasa sangat pedih almost 24/7, sehingga saya demam,sesak nafas serta kurang selera makan.
Adakah ini normal atau petanda penyakit yg serius?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai/Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami/atas soalan yang diajukan.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah bisul, seperti:
- Carbuncle
- Furuncle
- Folliculitis
Bagi masalah sesak nafas pula, ia boleh berpunca daripada:
- Jangkitan paru-paru
- Radang tekak
- Radang tonsil
- Jangkitan telinga
- Serangan asma
- Masalah jantung
Masih mengalami masalah sesak nafas? Pakar paru-paru sedia membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan punca penyakit anda berdasarkan gejala yang dialami sahaja kerana pemeriksaan lanjut perlu dibuat. Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor segera supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerana kami bimbang ia berpunca dari sesuatu yang serius.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.