
Sulit
4 tahun
Blackhead dan depression
Assalamualaikum doktar… saya nak tanya kenapa sejak saya depressed nih saya nampak banyak blackhead muncul atas hidung saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Waalaikumussalam, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kerisauan anda terhadap masalah kulit yang anda alami.
Kami memerlukan maklumat yang lebih lanjut mengenai keadaan anda. Secara amnya, blackheads terjadi kerana folikel bulu atau rambut anda tersumbat. Blackhead merupakan sejenis jerawat kecil yang sering dijumpai di permukaan muka dan juga boleh dijumpai di kawasan lain di badan seperti di bahu, dada dan belakang.
Mengapa anda mengalami blackhead ketika anda kemurungan berkemungkinan disebabkan oleh hormon kerana apa bila anda stres, murung ataupun bersedih, perubahan hormon di dalam badan anda akan menjadi tidak seimbang dan keadaan ini bukan sahaja boleh menyebabkan anda mempunyai blackheads, malahan juga boleh menyebabkan kemunculan jerawat, kurang keyakinan diri dan sebagainya.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Antara langkah yang anda boleh lakukan adalah:
- Kerapkan bersenam
- Berjumpa dengan doktor pakar kulit
- Menggunakan produk pencuci muka yang bersesuaian dengan kulit anda
- Mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat
Sekiranya anda masih mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap secara peribadi dengan doktor kami di atas talian. Terima kasih.