Sulit
3 tahun
Blink acne dekat pipi makin lama makin membengkak then kalau tersentuh skit da sakit.. so mintak keterangan dari doktor
hello doc, say berumur 20 tahun. Bru² ini saya telah mengalami masalah jerawat yang begitu besar…3 mggu lps saya ingatkan jerawat biasa je dekat pipi, tapi lama-kelamaan dia jadi making besar sehingga mata saya jadi sepet… I don’t know dh nk buat cane… it’s really hurt… help me doc… kadang malu nak kluar sebab yelah dekat pipi kan hmm…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Acne vulgaris
- Rosacea
- Jangkitan kulit
- Reaksi alahan
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu kondisi kulit anda!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor pakar kulit supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Anda juga boleh lakukan perkara ini untuk mengawal gejala yang dialami:
- Menggunakan pelembap
- Gunakan produk penjagaan kulit yang sesuai dengan jenis kulit anda
- Elakkan dari menggunakan produk yang menyebabkan iritasi pada kulit
- Elakkan dari menukar produk penjagaan kulit dengan terlalu kerap
- Meningkatkan penjagaan kebersihan kulit dan muka
- Mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut dan memerlukan pandangan kedua, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.