
Sulit
5 tahun
Body temperature 35.8 Celcius, berpeluh
Saya wanita 20-an. Semasa saya bangun pagi tadi kepala saya terasa sakit amat dan berasa sedikit demam. Saya memeriksa suhu badan saya pada pukul 11.30 pagi tadi dan ia merupakan 35.8 Celcius. Namun, saya sering berpeluh biarpun persekitaran sejuk. Saya muntah dua kali. Tengahari dan petang sekarang. Sekarang sy masih merasa sedikit demam dan sy tidak berhenti berpeluh.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda suhu demam ialah 37.5 dan keatas. demam adalah bersifat subjektif selagi anda tidak memeriksakan diri dengan termometer dan menyatakan suhu tubuh anda.
Namun, demam boleh disebabkan oleh pelbagai faktor.
- demam denggi
- viral
- penyakit tuberkulosis
- Malaria
- Kencing tikus
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih. Keterangan ini ialah jawapan secara am.