
Sulit
4 tahun
Boleh atau tidak saya check kehamilan seawal seminggu?
Hi dr, saya ain dari perak. Nak tanya. Saya dan suami duduk berjauhan. Kebetulan minggu lepas kami bersama dan waktu tu, waktu subur saya. In shaa Allah. Jadinya dari hari isnin saya sakit kepala, terkadang mual dan tekak selalu rasa tak sedap. Badan rasa sakit. Pinggang sakit dan payudara saya pun sakit. Kebetulan minggu depan saya ada kerja berat yang perlu saya buat. Dan saya buntu sama ada itu tanda2 hamil atau tidak. Boleh saya dapatkan nasihat dan pandangan dr? Terima kasih dr.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi.
Anda boleh melakukan ujian kehamilan seminggu atau dua minggu selepas lewat haid sekiranya anda mengesyaki anda hamil. Jika ujian negatif, rujuk kepada doktor untuk mengetahui penyebab haid lewat anda.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih