Sulit
4 tahun
Boleh kah ubat tibi di makan bersama ubat haart pada waktu malam?
Adakah ubat tibi boleh di makan pada waktu malam bersama dengan ubat haart?sejak 5 hari yang lalu dokter mengesyorkan kan saya mengambil ubat tibi sedangkan saya tiada penyakit tibi.adakah bahaya jika saya makan ubat tibi bersama ubat haart pda waktu malam?sy tidak boleh makan ubt tibi waktu siang kerna kesan mengantuk itu sangat menggangu aktiviti sy.apakah saranan doktor utk mslh sy ini.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Hal ini kerana secara umumnya ubat tibi tidak menyebabkan kesan sampingan mengantuk. Bagaimanapun, sebagai kepastian, diharapkan saudari boleh jelaskan jenis ubat yang diambil agar pihak kami dapat periksa ulang kesan sampingan yang dimaksudkan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.