
Sulit
4 tahun
Boleh ker berhenti cucuk depo makan pil perancang
Saya tertinggal tarikh cucuk depo 18/5/20 3minggu sudah berlalu…dlm tempoh 3minggu sy sudah bersama suami.bolehkah saya terus sambung makan pil perancang tanpa tunggu datang prioad dahulu atau saya mesti tunggu period dtg baru makan pil.dan jika period xdatag jgk adakah saya boleh terus sambung makan pil pd bulan berikutnya…utk pencegah kehamilan

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, pil perancang tidak boleh diambil jika anda hamil. Kebiasaannya, jika anda ingin menukar daripada depo ke pil perancang, anda akan terus serta merta mengambil pil tersebut. Namun, atas sebab anda tidak mengambil sebarang perancangan keluarga dalam tempoh 3 minggu dan telah pun bersama suami, anda disarankan untuk memeriksa kehamilan. Hal ini kerana, pil perancang tidak boleh diambil oleh wanita hamil.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian.