Anonymous
6 tahun
Bolekah sudah suntik perancang tapi mengandung
Saya wanita berumur 23 tahun seorang suri rumah dan ada ank kecil berumur 4bulan 23hari , masalah saya , saya tidak dtg bulan tapi sudah sepenuhnya berhenti menyusu badan anak pada umur 3bulan setengah , saya sudah merancangg iaitu suntikan 3bulan sekali semasa anak saya dalam pantang , persoalan disini saya tidak dtg bulan setelah berhnti menyusu badan adakah cucuk perancang boleh hamil ? Terima kasih
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Untuk makluman anda, suntikan ini diberi semasa 5 hari pertama menstruasi. Untuk mereka yang baru melahirkan atau mengalami keguguran semasa 3 bulan pertama kandungan, anda memerlukan pemeriksaan lanjut dengan doktor pakar puan. terlebih dahulu. Misalnya, kitaran haid sebelum ini, status kesihatan anda, sebarang sejarah penyakit yang lalu dan lain-lain.
Maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor berdekatan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.


































