
Anonymous
4 tahun
Bonjolan di dubur sebesar anak jari
Adakah bonjolan atau mcm sprti biji di dubur itu ialah buasir ?
Perlukan sy berjumpa doktor di mana2 klinik yg berdekatan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi.
Buasir terbentuk daripada tisu bahagian dubur yang bengkak akibat aliran darah yang tidak lancar. Faktor-faktor yang meningkatkan risiko buasir ialah sembelit, kurang senaman, berat badan berlebihan dan penuaan. Buasir boleh menyebabkan tanda-tanda lain seperti kegatalan dan perdarahan dari dubur.
Rawatan buasir adalah bergantung kepada betapa seriusnya masalah buasir yang anda hadapi. Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin agar doktor boleh menentukan rawatan yang paling sesuai untuk anda.
Secara amnya, buasir yang kecil boleh dirawat dengan meningkatkan pengambilan serat dalam diet pemakanan anda. Pengambilan serat akan melancarkan proses penghadaman makanan, melegakan masalah sembelit dan melancarkan aliran darah di bahagian dubur. Kapsul yang mengandungi ubat juga boleh disumbat ke dalam dubur untuk mengecutkan buasir. Jika rawatan konservatif adalah tidak berkesan atau buasir anda adalah terlalu besar, pembedahan yang kecil adalah diperlukan untuk membuang benjolan tersebut.
Tanpa maklumat yang lebih langkap dan pemeriksaan lanjut, adalah sukar untuk membuat kesimpulan. Oleh itu anda dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor bagi memastikan keadaan yang anda alami .Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.