Sulit
2 tahun
Buasir luar yang teruk
Saya berusia 30 tahun dan mengalami buasir. Sy baru buat pembedahan buasir 2 minggu lepas dan sekarang sudah pulih. Tapi buasir luar saya nampak ugly (skin tag). Walaupun sudah tak sakit, ada tak cara untuk buang skin tag tersebut. Saya cuba tolak ke dalam tapi dah tak boleh
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami kebimbangan anda tentang contoh. Kami akan cuba membantu anda.
Skin tag adalah bahagian kulit yang kecil, lembut, tergantung dan mungkin bertangkai. Ia boleh muncul di mana sahaja di badan, terutama di mana kawasan lipatan kulit atau kawasan yang mudah tergores pakaian. Selain itu, antara faktor risiko lain yang boleh mencetuskan skin tag termasuk
- pakaian dalam yang terlalu ketat
- geseran fizikal
- jangkitan virus
- iritasi atau trauma
Lazimnya rawatan skin tag memerlukan tindakan dari doktor di klinik atau hospital.
Namun begitu, gejala ketumbuhan kulit pada bahagian anus juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor seperti
- fibroma molloscum,
- cutaneous papilloma,
- ketumbuhan ganas (kanser)
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.