Sulit
2 tahun
Buasir selepas bersalin secara pembedahan
Salam Doktor.Saya pernah kena buasir sejak bersalin 3 tahun yang lalu.Namun sehingga sekarang bengkak/lebihan daging di dubur tidak kecut.Sekarang saya tidak sembelit lagi dan tidak ada rasa sakit apabila buang air besar. Saya juga sering sakit pinggang selepas bersalin.Adakah ini saling berkaitan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang dialami oleh anda mengenai masalah buasir yang berpanjangan dan keadaan ini menyebabkan anda risau. Kami akan cuba membantu anda untuk menyelesaikan masalah yang dialami.
Buasir merupakan keadaan di mana seseorang mengalami pendarahan semasa membuang air besar. Ia berbentuk seperti lebihan daging dan tidak sakit apabila disentuh.
Namun begitu, keadaan ini tidak berkaitan dengan sakit pinggang ataupun sejarah bersalin melalui pembedahan yang dialami oleh anda. Sakit pinggang tersebut berkemungkinan disebabkan masalah sendi dan otot anda.
Maklumat lanjut dan pemeriksaan lanjut perlu dilakukan untuk mencari punca dan menyelesaikan gejala yang dialami oleh anda. Kami juga sarankan anda untuk menghubungi doktor kami di atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.