
Sulit
4 tahun
Bungkusan Makanan Boleh Kena Covid ke?
Saya kerap order Makanan Guna food panda Dan Grab Food… Selalu saya terima Makanan “contactless delivery”. Plastic Makanan Boleh kena Covid ke? Kadang2 Anak Saya simply amik makan dari plastic bungkusan tu. Covid boleh ada di permukaan Makanan x?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kebimbangan anda, terutama pada musim pandemik ini. Untuk pengetahuan anda, tidak dapat dipastikan berapa lama virus COVID-19 berada di atas sesuatu permukaan. Kajian mendapati virus tersebut boleh berada di atas permukaan di antara 2 jam ke 11 hari bergantung pada beberapa faktor.
Bagi makanan pula, mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), virus yang mengakibatkan COVID-19 dapat dihapuskan seperti bakteria dan virus lain yang dijumpai di dalam makanan.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Namun begitu, kami amat menyarankan supaya anda melakukan langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
- Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Sekiranya anda mengalami gejala-gejala berikut, sila hubungi pihak kesihatan dan membuat pemeriksaan bersama doktor:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan yang daripada doktor kami yang bertauliah. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini