
Sulit
5 tahun
Bunyi pelik pada anak
Saya ibu kpd anak sy yg berumur 10 tahun mengalami bunyi pelik yg sentiasa nak buat bunyi tu. Anak sy lelaki dan normal. Anak ini mula buat bunyi tu awal bln 1 tahun ni. Makin kerap die buat bunyi tu. Saya ade google tentang penyakit ni. Ia dipanggil tick. Bunyi yg berulang2.saya agak risau sb takut mengganggu rakan sekelas dan guru di sekolah. Bile saya ty anak. Kenapa buat bunyi tu. Die kata die X tau kenapa. Die nak stop bunyi tu tp x boleh. Boleh x doctor tolong saya mcm mane nak bantu anak sy ini?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami tidak boleh untuk menggupas secara lanjut kerana perlu untuk memastikan tentang ciri-ciri bunyi tersebut.
Namun terdapat satu sindrom yang sering dikaitkan dengan tabiat menghasilkan bunyi secara berulang iaitu tourette syndrome . Ia boleh disebabkan oleh masalah seperti berikut:
- Masalah mental seperti tertekan (depresi)
- Terlalu aktif (hyperactivity)
- Autism
- Masalah otak
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.