
Sulit
4 tahun
Cairan warna kuning keluar dr payudara
Saya brumur 46th sekarang masih dlm period hari ke 4.dlm dua tiga hari ni rasa tidak selesa di bahagian payudara dan kekuar cecair bewarna kuning dr puting payudara blh dokter jelaskan apa masaalahnya…tq doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang cecair yang keluar dari payudara.
Untuk makluman anda, cecair ynag keluar dari payudara adalah tanda kepada beberapa penyakit atau keadaan berkaitan payudara, antaranya:
- Perubahan hormon
- Jangkitan kuman
- Kesan pengambilan ubat perancang
- Fibrocystic
- Saluran susu tersekat
- Masalah tiroid
- Duct papilloma
Ia juga boleh jadi tanda awal kanser payudara. Antara tanda tanda lain kanser adalah:
- Benjolan keras pada payudara atau bawah ketiak
- Benjolan hanya ada satu
- Kulit payudara mengecut
- Keluar cairan dari benjolan
- Hanya ada pada satu payudara
Dapatkan kesihatan wanita yang maksimum demi kesejahteraan anda !
Saya menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi mengetahui keadaan sebenar.
Selain daripada saringan di hospital, anda juga boleh membuat pemeriksaan sendiri payudara(PSP)
yang merangkumi 5 langkah berikut:
- Berdiri di hadapan cermin dan lihat sebarang perubahan pada payudara.
- Rasa sebarang perubahan secara berbaring.
- Periksa puting untuk sebarang perdarahan atau lelehan.
- Rasa sebarang ketulan di bawah ketiak.
- Ulangi setiap langkah di atas untuk payudara sebelah lagi.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.