
Anonymous
5 tahun
Cara-cara ambil ubat perancang keluarga
Semalam, saya melakukan sek dngn kekasih saya… Sya takut dia terbuang dalam… Jadi klau sya mahu ambil ubat perancang… Bgaimna cara nya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, pil perancang kecemasan seperti ubat postinor biasanya digunakan untuk mencegah kehamilan setelah melakukan hubungan seksual tanpa perlindungan. Pil pertama dimakan dalam 72 jam setelah bersama sementara pil kedua dimakan 12 jam setelah anda makan pil pertama. Efek samping yang sering muncul setelah menggunakan Postinor adalah seperti mual, muntah, perdarahan, sakit payudara, sakit kepala, pening, keletihan dan dapat berlangsung sampai dua hari. Akan tetapi, Postinor hanyalah digunakan untuk situasi kecemasan sahaja yaitu sebagai “morning after pill” sahaja. Sebaiknya setelah itu anda mula mengambil pil perancang secara regular.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih