halimatonmasayu
6 tahun
Cara kurang kan sakit kayap Dan cepat sembuh
Doctor Di clinic mengesah kan saya mengidap kayap. Saya sedang pregnant 22 weeks. Doc member ubat acyclovir 400mg Dan cream. Hari ni hari ke 2 saya on medication tapi sakit sangat… Tak nampak any improvement malah makin sakit… Apa perlu saya buat untuk kurang kan sakit Dan cepat sembuh?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kayap mengambil masa untuk hilang bagi segelintir orang. Oleh kerana anda baru memulakan rawatan yang diberi, saya menyarankan anda teruskan rawatan ini. Ambil ubat mengikut masa.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Anda juga boleh menghubungi farmasi kami melalui aplikasi Whatsapp di talian 010-2721669 atau telefon Hotline EPharma kami di 03-84082006.





































