
Sulit
4 tahun
Cara makan pil perancang diane35
Saya wanita berumur 25 tahun. Saya nak tanya boleh tak kalau saya makn pil perancang pada Hari kesepuluh period.adakh selamat sekiranya say berhubungan dengan suami dalam tempoh selepas 7 Hari makn pil diane-35

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai penggunaan pil perancang pada hari kesepuluh selepas period. Untuk makluman anda, pil perancang Diane 35 boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja dalam kitaran haid. Pastikan anda mengambil pil tersebut pada setiap hari tanpa tertinggal dos yang ditetapkan kerana ia boleh mengganggu kebersanan pil tersebut.
Anda boleh melakukan hubungan intim bersama suami pada bila-bila masa sahaja sepanjang tempoh penggunaan pil tersebut bagi mengelakkan kehamilan. Kami sarankan suami puan untuk menggunakan kondom untuk mendapatkan keberkesanaan yang lagi tinggi.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbai
Sila dapatkan preskripsi yang sah dan nasihat daripada doktor anda bagi mengelakkan kesan sampingan yang tidak diingini. Untuk info lanjut, puan boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih