
Sulit
3 tahun
Cara makan pil perancang marvelon
hi doc sy nak tanya…saya baru nak mula ambil pil perncang marvelon…sy baru habis proid ckop 7 hari…boleh ka saya mula mengambil pil tersebut hari k7 habis priod tu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai soalan anda.
Untuk makluman anda, pil perancang Marvelon mempunyai kombinasi estrogen dan progestin atau progestin sahaja. Setiap pek pil perancang jenama ini mempunyai 21 pil yang perlu dimakan setiap hari dan 7 hari tanpa pil. Semasa tempoh 7 hari tanpa pil, anda akan mengalami pendarahan, iaitu ‘withdrawal bleeding’.
Anda boleh memulakan pengambilan pil perancang ini selepas tamat pendarahan haid anda, iaitu selepas hari ke-7. Sila rujuk kepada doktor anda sebelum menggunakan pil perancang untuk memastikan ia sesuai untuk anda. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.