Sulit
2 tahun
Cara mengurangkan asid urik dalam badan
Salam doktor. Saya naka Tanya berkaitan asid urik dalam badan. Boleh ke bekam mengurangkan kandungan asid urik dalam badan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Hingga saat ini, belum ada kajian yang menunjukkan bahawa berbekam boleh mengurangkan kandungan asid urik di dalam badan kita. Namun, jika anda memiliki kadar asid urik yang tinggi dalam badan anda, anda boleh mencuba cara-cara di bawah ini:
- Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan
- Mengelakkan minuman keras
- Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi
- Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.