
Anonymous
2 tahun
Cara merawat rasa gatal di leher semasa batuk?
Batuk sdh hampir seminggu belum sembuh dan sdh jumpa doktor. Bagaimana mau menghilangkan gatal di bahagian leher yang mana menyebabkan batuk terjadi?bila rasa gatal tu timbul maka akan automatik terasa nak batuk. minta saranan doktor jenis ubat batuk yg sesuai utk menghilangkan gatal di leher. Apakah punca gatal itu?sbb sy cuma mkn sup dan bubur masa batuk ini. tq dok

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami boleh disebabkan:
- Alahan - pada makanan atau debu
- Jangkitan dalam saluran udara
- Luka/ulser dalam saluran udara/tekak
- Masalah tiroid
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.