
Sulit
5 tahun
Cara peguguran yang selamat dan guide doctor
Hai,saya telah hamil anak luar nikah dan bolehkah saya mendapatkan rawatan peguguran atau dimana saya boleh dapatkan rawatan tersebut?adakah saya masih boleh menggunakan pil?dan dimana saya harus mendapatkan pil tersebut

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan tersebut. Menurut undang-undang di Malaysia, negara kita telah mengharamkan pengguguran bayi tanpa sebab-sebab perubatan. Walaupun terdapat sebab-sebab perubatan, ia juga perlu diteliti dan diperhalusi bagi memastikan pengguguran tersebut dilakukan hanyalah untuk menyelamatkan nyawa si ibu. Anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami di link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi bagi mendapatkan nasihat lanjut.
Anda juga boleh menghubungi http://www.rraam.org untuk mendapatkan nasihat. Terima kasih.